Tuesday, July 17, 2012

Klinik NLP PERCUMA RAMADAN 1433 H !


JIKA anda "PERCAYA" apa yang BELIAU KATA, mari LANGKAHKAN KAKI anda
KE KLINIK NLP PERCUMA EDISI RAMADAN 1433 H.

"UBAH MINDSET ANDA SEBELUM PARAH !" 



Sunday, June 10, 2012

TEKNIK TERAPI PANTAS PEMULIHAN FOBIA

Salam sukses & bahagia buat pengunjung www.kliniknlp.blogspot.com. Hari ini saya ingin berkongsi satu teknik terapi penyembuhan minda pantas dari laman http://transcend-n-actualise.page.tl/Phobia-_-Pemulihan-Pantas.htm . 


Tekniknya adalah seperti berikut :-



1.     Keadaan Menakutkan.

a.     Ambil masa seminit untuk memikirkan kembali satu keadaan yang membuat anda menjadi takut (mungkin mula dengan ketakutan yang ala kadar dan tidak terlalu intense, sebagai latihan permulaan anda).
b.     Mungkin keadaan anda semasa membuat satu persembahan dihadapan ahli-ahli majlis pengarah, atau mungkin anda sedang bersedia untuk menduduki peperiksaan utama persekolahan anda, atau mungkin anda hanya ingin membuat panggilan ‘sales’ anda ke bakal pelanggan anda, atau apa saja keadaan atau suasana yang membuat anda gerun takut. 

2.      Panggung Tayangan Minda Anda.

a.      Sekarang, dalam pandangan anda didalam pemikiran anda, bayangkanlah yang anda ini sedang duduk didalam satu panggung wayang yang besar luas. Lihat lah diri anda terpapar di skrin tayangan itu seperti satu gambar 'tidak bergerak', beku dan bukan sebagai satu movie. Bayangkan diri anda di skrin itu sejurus (5 atau 15minit sebelum ianya berlaku) sebelum anda mengalami satu adegan ketakutan anda itu, yang kali pertama anda mengalaminya. 



3.      'Keluar Dari Badan' Anda. 
a.      Sekarang bayangkan yang anda melayang keluar dari tubuh badan anda terapong-apong keluar dari badan anda dan terus menuju kebelakang hingga masuk ke-bilik tayang (atau ‘projection booth’) yang berada dipenghujung belakang panggung itu. Dengan itu anda juga dapat melihat diri anda yang sedang duduk dikerusi panggung itu sedang menonton gambar beku diri anda di skrin tayangan itu. Anda jangan kemana-mana dan tetap berada di ’projection booth’ itu hingga anda diberi isyarat untuk turun kembali. (Sekiranya latihan ini adalah untuk mengatasi fobia ketinggian, anda boleh bayangkan yang anda hanya beredar keluar dari badan anda bergerak ke 10 barisan tempat duduk dibelakang anda sekarang. Ini dilakukan untuk mengelak diri anda dari mengalami ketakutan ketinggian sekiranya anda melayang keatas menuju bilik tayang itu.) 



4.      Menonton Movie Anda.

a.      Sedang anda melihat diri anda menonton diri anda sendiri di skrin itu, mula mainkan tayangan hitam-putih anda, tayangan yang menggambarkan keadaan gerun/takut yang benar-benar berlaku kepada anda, dan tonton sahaja diri anda yang melalui pengalamanan tersebut di papar skrin itu. Teruskan menonton tayangan itu dari ‘projection booth’ ini hingga diri anda dalam tayangan anda ini sampai kepenghujung filem ini dimana keadaan gerun/takut itu telah pun berakhir dan telahpun di limpasi, dan anda sendiri tahu daripada tayangan anda ini yang diri anda telah semula berada didalam keadaan selamat . Di saat ini, hentikan tayangan movie anda ini dan terus bekukan frame movie ‘diri anda dalam keadaan selamat’ ini. Henti! Bekukan! Tunggu sebentar.  

5.      Mainkan Movie Anda ’Reverse’.

a.      Sekarang anda gerakkan atau layangkan diri anda keluar dari ’projection booth’ ini, terus bayangkan anda masuk kedalam frame beku ’diri anda dalam keadaan selamat’ ini di skrin dihadapan panggung ini. 
b.      Lalu anda dikehendaki, didalam diri anda semasa itu, melihat dari mata anda sendiri suasana selamat ini, mendengar segala bunyian dan kata-kata yang anda mendengar dan terdengar, serta merasakan segala perasaan selamat dan tenang semasa berada dalam keadaan frame beku ’diri anda dalam keadaan selamat’ ini, rasakan kesemuanya, nikmatilah perasaan keselamatan diri anda itu setinggi skala 8 atau 9 atau 10 (maxima), dan lalu anda dikehendaki memainkan movie pengalamanan anda keseluruhannya kebelakang (’reversed’), dalam warna-warni, seperti keseluruhan masa itu berjalan kebelakang dan anda merasa seperti disedut kebelakang dengan amat pantas sekali, mungkin dalam 1 atau 2 saat, hingga anda tiba balik kepermulaan movie anda ini. weeshweesh weeshweesh weeshweesh. Anda melalui kesemua pengalamanan anda kebelakang, melihat kesemua keadaan bergerak ’gostan’, berkata-kata kebelakang, bunyian bermain secara ’reversed’ dan semua gerak-geri dilihat dan dirasakan bergerak pantas secara ’reversed’. weeshweesh weeshweesh weeshweesh weeshweesh.
c.       Apabila anda telah tiba dipermulaan movie anda ini, ’blank’ kan skrin gambar anda seketika ’poof’, hilang, gelap, dan hitam. Anda terus gerakkan badan anda sambil berdiri (betul betul berdiri), sambil mengambil nafas panjang dan goyang-goyangkan tangan anda seperti orang hendak bangun dari kesedaran. Sudah?
d.      Kemudian ulangi langkah 5(b) dan (c) selama beberapa kali (5 hingga 7 kali), dan pada setiap kali diulangi, movie ’reverse’ itu semakin lebih cepat dan pantas dari yang sebelumnya.  Teruskan. 


6.      Periksa Balik - Uji.

a.      Sekarang, fikirkan pengalamanan itu kembali, dan perhatikan baik-baik response diri anda pada pengalamanan itu sendiri.
b.      Didalam fikiran anda sekarang, berikan ’rating’ bagi perasaan gerun/takut anda dalam skala 1 hingga 10, yang mana 10 adalah perasaan takut yang tersangat (maxima). Kalau anda merasa bahwa ’rating’ anda lebih dari 2, ulangi keseluruhan proses ini dengan berhati-hati membuat tiap langkah itu dengan sepenuhnya.
c.       Uji diri anda dengan hati-hati selepas proses ini, dengan mengambil berat tentang keselamatan diri anda. Sebagai contoh, sekiranya anda mengalami fobia ketinggian, uji ditempat tempat tertentu dengan menjaga keselamatan anda terlebih dahulu.


Thursday, May 17, 2012

Kuasa Rawatan Hipnoterapi & NLP


 
BENGKEL SIJIL KEMAHIRAN ASAS HIPNOTERAPI
BULAN FEBRUARI 2012
(SUBJEK DI UJI KEKUATAN SUGESTI )

Salam sukses buat pengunjung kliniknlp.blogspot.com . Hari ini saya nak kongsikan berkaitan rawatan hipnoterapi yang masih lagi baru di Malaysia. 

Hipnoterapi adalah salah satu daripada cara atau teknik bagaimana pengawalan minda boleh dilakukan. Ianya selamat digunakan dalam melakukan perubahan “kelakuan  diri”, pengalaman secara terus dan semulajadi, serta kunci asas kepada PERUBAHAN DIRI. Hipnoterapi menggunakan percakapan secara terus  ke minda separa sedar bagi mengaktifkan potensi diri yang terpendam dan merangka semula kelakuan diri baru. Ianya selamat digunakan bagi memprogram kembali kelakuan diri (behavior) secara MUDAH dan PANTAS. Ilmu ini telah dipelajari secara ilmiah di luar negara lebih dari 200 tahun dahulu.

Kaedah hipnoterapi telah lama dipakai sejak dahulu lagi oleh pakar-pakar psikologi dan doktor di luar negara. Bapa hipnoterapi terkenal dunia adalah Milton H. Erikson. Kebanyakkan kaedah -kaedah terapi NLP juga berasaskan pada kajian mendalam terhadap tokoh-tokoh terapi terkemuka & tersohor dunia seperti Gestalt, Virginia Satir & Milton Erikson. Kaedah-kaedah terapi diri ini kemudian dimodellingkan oleh  Richard Bandler & John Grinder dalam satu sesi terapi bersama klien mereka.

Menakjubkan ! Mereka menemui keputusan yang sama sepertimana 3 ahli terapi yang mereka kaji. Kesemua klien mereka yang dirawat didapati sembuh khususnya mereka yang menghidapi masalah berkaitan psikologi diri. (Guide To Trance-formation by Richard Bandler -Cd Hypnosis) 

Insyallah, Kaedah Hipnoterapi ini amat penting untuk :-

1-PSIKOLOGI & PERUBATAN
·         * Mampu ubah MINDA untuk lebih POSITIF & BERKEYAKINAN.
·        *  Hilangkan FOBIA, TRAUMA, RASA TAKUT berlebihan.
·       * Hilangkan tabiat buruk seperti merokok, perjudian, alcohol & penagihan dadah
·    *Mampu atasi rasa bosan pada pasangan dll.

     2- KESIHATAN 
   *Merawat masalah kesulitan untuk tidur, insomnia, kencing malam, mimpi buruk atau terbayang hal yan mennyeramkan ketika menutup mata.
· *Bantu hilangkan rasa mual ketika makan.
· *Buang tabiat merokok dll.

     3- IBU BAPA UNTUK ANAK-ANAK
· *Bangkitkan rasa percaya diri ketika berucap dikhalayak ramai.
· *Kikis perasaan negatif seperti pemalu, penakut,terlalu manja, mudah menangis, rendah diri.
· *Tingkatkan prestasi pelajaran anak-anak.DLL.

             Seorang pelajar yang sedang dihipnosis kerana menghidap masalah insomnia

          Klien sedang diterapi menggunakan terapi NLP untuk atasi masalah komunikasi khalayak ramai.

UNTUK TEMUJANJI & RAWATAN SILA HUBUNGI HOTLINE 019-2044036.

MOHD MUSTAQIIM ASMUJI
(Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA)

Friday, May 11, 2012

TERAPI DIRI NLP "BULATAN CEMERLANG DIRI"



LATIHAN INTERVANSI DIRI "NLP UNTUK GURU"

Corak Terapi NLP  : Bulatan Kecemerlangan Diri (COE)

Objektif Intervansi / terapi ini adalah  :-
1-      Kenal pasti emosi-emosi yang dapat mencemerlangkan diri yang pernah berlaku dalam minda individu.
2-    Sedar bahawa dalam minda setiap individu mempunyai gambaran-gambaran dan pengalaman tertentu samada dalam bentuk negatif mahupun positif.
-    - Mengubah state / keadaan diri (emosi) individu dari tidak bermaya kepada bermaya, tingkatkan keyakinan diri untuk capai apa yang diinginkan secara mudah, senang dan rileks. 

    Selalunya kaedah intervansi ini saya gunakan dalam latihan bagi meningkatkan semangat luar biasa para peserta, meningkatkan daya fokus tinggi dan mendalam pelajar saat belajar, meningkatkan keyakinan diri (self esteem) ditahap lebih optima dan sebagainya.  

       Pengalaman saya mengendalikan terapi minda pada 80 orang peserta remaja , 2 tahun lepas dalam sesi program SPIES Remaja amat memberikan kesan mendalam pada PERUBAHAN SIKAP & TINGKAHLAKU mereka. Teruja melihat perubahan diri mereka.

      MOHD MUSTAQIIM ASMUJI
      Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA
      Emel : kurtman20@yahoo.com
(

    

Tuesday, May 1, 2012

TEKNIK TERAPI DIRI NLP "SWISH PATTERN"


CORAK TERAPI DIRI NLP : SWISH PATTERN


Corak swish adalah satu corak yang dicipta oleh Richard Bandler, menggunakan perubahan submodaliti kritikal untuk memprogram otak ke satu arah lain. Ia dapat membantu kita MENUKAR KELAKUAN dan TABIAT yang tidak kita ingini.


HASIL DARI GUNA KAEDAH TERAPI DIRI INI  :-

1-Hasilkan imej diri yang baharu.
2-Tukar tabiat dan tingkahlaku negatif kepada positif.
3-Jana kelakuan positif dengan wujudkan arah baharu imej gambaran diri yang dibina melalui submodaliti ini.
4-Wujudkan momentum diri ke satu masa hadapan diri yang menarik dan amat diingini.
5-Ambil pilihan-pilihan baharu yang kita mahu untuk diri daripada hanya menukar kelakuan lama.
6-Ubah keadaan diri, kelakuan atau tabiat dan bukannya menukar kepercayaan.

* RAMAI ORANG DILUAR SANA TELAH DIPULIHKAN "MINDANYA" DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH SWISH PATTERN. BAGI PELAJAR / ANAK / INDIVIDU  YANG MENGHIDAP PENYAKIT KURANG KEYAKINAN DIRI, KEKANGAN DIRI TERLALU KUAT UNTUK LAKUKAN PERUBAHAN PADA DIRI DLL, INSYALLAH...KAMI DAPAT BANTU ANDA UNTUK SELESAIKAN MASALAH ANDA SECARA CEPAT, PANTAS & BERKESAN.
 

Friday, April 27, 2012

ANDA BERTANYA, NLPER MENJAWAP.

Pertanyaan Kes OCD -petikan dari emel kurtman20@yahoo.com


JAWAPAN BALAS DARI NLPER

GAMBAR AKTIVITI TERAPI TRANSFORMASI DIRI NLP

TERAPI BUANG KETAKUTAN BERKOMUNIKASI DIKHALAYAK RAMAI

TERAPI KEYAKINAN DIRI BARU

TERAPI BUANG PEMIKIRAN & TINDAKAN NEGATIF DIRI

TERAPI BERMAIN UNTUK ANAK TAK NAK KE SEKOLAH

TERAPI MEMBUANG ANXIETY DISORDER

TERAPI BERHENTI MEROKOK

CONTOH KES MALU BERKOMUNIKASI DI KHALAYAK RAMAI.